Pages

Thursday, January 5, 2012

Parodi; Kisah Ada Lembu Nak Jaga

Aku suka parodi.

Weird Al Yankovic dan Leslie Nielsen adalah antara yang terbaik menghasilkan parodi. Pecah perut kalau melayan diorang.

Parodi tu apa?

Parodi tu abah kau. Maksud parodi ialah karya ajukan berdasarkan karya asal. Tujuan sebenarnya adalah untuk melawak; tiada unsur-unsur serius.

Sebelum ni, komuniti Twitterjaya ada keluarkan satu parodi berdasarkan lagu Najwa Latiff; Cinta Muka Buku yang ditukarkan kepada Cinta Muka Bulu. Boleh tahan jugak tahap lawaknya.

Ramai yang 'LOL'. 

Sekarang ada pulak yang baru, dari komuniti yang sama, parodi 'Move Like Jagger' berjaya dilawakkan kepada 'Lembu Nak Jaga'.

Ramai yang 'LOLOLOLOLOLOLOL'.

Kalau 'Move Like Jagger' mengisahkan, apa lagi 'Move Like Jagger', 'Lembu Nak Jaga' mengisahkan lagu tentang hubungan laki bini. Laki kena buli, bini kaki control. In the mean time, ada lembu nak kena jaga.

Aku merapu banyak pun tak guna.

Layan sudah.

Parodi ini adalah win.