Pages

Monday, August 31, 2009

Soccer; and I Can Tell You To Shut Up

I laughed out loud when i watched the so called rivalry match between Wenger and Ferguson.

Oh, for two weeks. All my predictions was right. I scored like big points for my fantasy football team and rule the first rank on all of my leagues. Hell yeah. Now i wanna call myself God of Soccer.

Yes. Don't judge me if it's about soccer. Lain boleh lah. Soccer. I will rule youuuuu~


p/s: Biasalah. Dah menang. Kena berlagak.

Friday, August 28, 2009

Broke; Tidak Suka tapi Pasti Terjadi

23, bekerja sendiri, not married.

Jika pada umur ini, perkara seperti kehabisan sumber-sumber kewangan adalah sangat tidak seronok.

Punca habis, mestilah sebab hidup kurang tanggungan dan angka pada umur masih cantik. Bergembira tetap jadi agenda utama.

Ugh. Malu jika kurang atau tiada uang. Tak boleh hidup fancy. Tak boleh membazir dengan reason sebab ada duit.

Oh, dugaan ini sukar untuk dihadapi. Tak suka kena hina sebab tak ada duit. Malu.

Bukan miskin, tapi kurang mampu.

Silalah murah rezeki diri ini. Silalah datang uang-uang yang menghuni dunia. Aku nak menukar harta lama kepada yang baru.

Kahwin? Oh,perlu. Tidak mahu ketinggalan kepada trend ini.


p/s: sedekahkan kepada tabung saya.

Katil Lama; antara Benci dan Suka

Oh katil.

Kenapa kau patah lagi?

Aku dah baiki.

Sayang.

Sayang sekali.


p/s: oh,ini sungguh dalam.

Buih; Harap Terus Terbang Walaupun Pasti Akan Meletup

Oh, kurang nafas untuk bernafas jika semua yang terjadi menyesakkan.

Bukan benar-benar menyesakkan, tapi punca kegembiraan. Kegembiraan menjadi sebab kurang nafas. Udara menjadi perkongsian. Kurang oksigen, tetapi rela berada dalam buih yang sama.

Di dalam buih yang tidak tentu akan pecah atau terus terbang. Hati tetap rela untuk kekal. Tidak takut hingga berlari.

Tapi berani untuk menghadapi keburukan.

Yup, tidak pasti. Tapi perlu berani.

Jika tak, perlu kembali kepada asal. Dan tidak mencuba apa-apa.

Oh, tidak suka.

Lebih baik hidup tidak mengetahui, dari tidak hidup langsung.

Aku lebih suka. Dan aku tahu, aku tak salah.



p/s: tidak perlu tanya. hanya kepada yang faham. senyum.

Ego; antara perlu Dituruti atau Diabaikan

Oh, terganggu emosi aku kalau berhadapan dengan manusia beregokan ego iblis. Tidak rela sembah kepada Adam a.s ketika diperintahkan Allah; menyatakan dirinya lebih mulia dari Adam yang dijadikan dari tanah. Siapa yang menurut egonya, rata dirinya sama seperti iblis. Itu yang aku fikirkan. Tidak perlu penilaian dari makhluk yang lain yang ingin menjadi tuhan yang menjatuhkan hukum-hakam.


Kalau kau bersalah dan terbukti kau sangat-sangat bersalah. Perlu lagikah menurut ego


Yang kononnya berpegang pada kata-kata sendiri? Yang kononnnya menjaga maruah sendiri?


Blah. Boleh blah. Dan ingin menambah..bodoh.


Senang tak kalau mengaku salah dan terima yang diri sendiri salah. Tak kira apa salah sekalipun.


Tolong lah, iblis nak dijadikan contoh? Oh, kalau tak tahu, iblis selepas tu kena buang dari syurga.


Ikutlah ego si iblis. Punca datang bodoh dalam diri. Ikutlah ego tu.




p/s: muzik dan lirik dari Nabil Hussein

Tuesday, August 25, 2009

It Cracks Me Up; Bodoh Tapi Tetap Lawak.



Hahaha! Gotta love Stewie!! He's so cool!



HAHAHAHAHAHAHAHAHAH!! X'D



Told'ya! Stewie is stupidly cool and funny!! HAHAHAHAHAhAHAAH!!! X'D


p/s: ohhh.this video made me laughed happily with tears.

Captionless; Pemikiran dan Idea perlu untuk Satu Hipotesis



Entahlah. Just feel like posting this pic on my blog.


p/s: jika ada rumusan bagitahu aku. dapat hadiah.

Sunday, August 23, 2009

Hidup Bujang; and the Weird Stuff

Kalau namanya rumah bujang. Mesti ada tabiat pelik teman serumah. Biasalah.

Dirumah ini ada menara ciptaan bersama. Bukan sengaja tapi terus disengajakan.



Ini ialah menara kotak rokok Dunhill dan Surya di dalam bilik my fellow housemates. Inovatif. Dan tidak pernah diruntuhkan. Adoii. Talking about takde kerja.


p/s: gonna find more weird stuff.

Ramadhan; Happy In Imperfection

Oh. Ramadhan lagi. The month yang membuatkan aku happy semacam. Entah. Sebab aku suka sangat bulan ini.

Tahun ini masih jauh dari keluarga. Berita baik. Aku dengan keluarga baru aku disini. Housemates yang suka untuk aku gelar adik-beradik aku. Plus, bazar ramadhan juga dekat. Dekat bawah rumah. Boleh order makanan dari beranda rumah terus. Tak perlu berjalan-jalan.

Ramadhan pertama, sahur dengan mereka yang serumah. Tambah dengan orang baru yang menghuni ruang mesej pendek di telefon. Hidup tampak sempurna.

Masih berusaha untuk berusaha.

Berharap untuk berharap.

Hari pertama Ramadhan, menghabiskan waktu dirumah. Tidak terasa puasa. Ke semua isi rumah bermalas-malas di ruang masing-masing. Ejan di atas katil. Brada di depan tv. Azree di atas sofa. Aku di depan komputer.

Tiba lewat petang, semua bersemangat. Bazar dekat. Tawaf di bazar. Berkali-kali kurang pahala puasa. Kalau dah sifat manusia; bernafsu. Seperti manusia yang lain, belian yang banyak sudah pasti. Kalau dah namanya hidup berbujang beramai-ramai, lagi seronok bersifat begini.

Oh, azan sudah.



Makan tetap tamak.



p/s: Selamat Menyambut Ramadhan

Friday, August 21, 2009

Ramadhan

Oh, Ramadhan datang lagi. Bulan yang amat aku suka. Kurang jelas sebabnya. Tapi i'm 1000 times happier this month, no matter what happens.

And one more thing, baru je balik dari masjid.

RAMAAAAIIIIIIIII SANGATTTTTTTT!!!

macam konsert!!!!

Selamat Menyambut Ramadhan semua muslim dan muslimah!!!

p/s: happy sebab ramai pegi masjid. kecewa kena sembahyang kat luar.huhu.

Wednesday, August 19, 2009

Change

oh.

berubah alamat supaya lebih mudah.

http://www.nabilhussein.blogspot.com/


p/s: have fun! huhu~maaf kepada lyne~

Tuesday, August 18, 2009

Meet Johnny

Selamat pagi dunia.

Oh, and this is Johnny. He is sorta lonely.

Don't worry, i won't leave you.



p/s: and back to sleep. maybe a lil' later is better.

With the Girlfriends; dan Mereka Tidak Risau Tentang Aku, With That, I Felt Like A Gay Guy.

"Aku yang tak peduli yang diorang ni perempuan. Hanya hubungan dipentingkan. Dengan itu, gay lah aku. Cet. Hell no."



Aku terima sms dari the newlywed Tasha.

*Yang, lunch and boling jom Khamis ni?*

Aku pun balas.

*Mak on je~:D*

Ugh. Komplikasi identiti dengan jawapan tersebut.

Hari Khamis datang dan penipuan on the way tetap aku gunakan bila dah terlambat. Jangan tanya kenapa, it's just that they would pull the same thing on me. Dan dengan mereka , aku tak expect akan ended up kahwin even dengan seorang sekalipun. So, boleh melakukan penindasan dan bersuka hati.


Tiba di Pyramid (minggu ini penuh dengan lawatan aku ke Pyramid) terus lunch di Sakae Sushi. Mereka ini adalah gadis-gadis cantik, so perlu menjaga badan. Sushi adalah makanan paling ringan yang mereka nak makan.(lupa nak bagitau yang penampar aku pun ringan jugak) Aku inginkan makanan berunsur daging, tetapi apakan daya. Majoriti jantina tidak berpihak kepada aku. Makan bersama Tasha, Nad dan Shila. Tasha dan Shila sudah berkahwin. Shila beranak satu. Nad pula bakal berkahwin. Aku pun kurang jelas tentang keadaan diri bila selesa berkawan dengan diorang nih. Jauh berbeza umurnya dan status diri . Haish. Hehe.

Mereka aku sayang kerana tidak judgmental terhadap aku. Mudah. Tidak hipokrit. Dan semua kata-kata adalah benar. Bila baik dikata baik, buruk dikatakan buruk. Mereka menjadi penting walau status berbeza.

Bila sampai di sana, mati-mati aku ingatkan Fairul si husband Tasha, Izyan si husband Shila dan boyfriend Nad ada sekali, takde mati kutu sangat. Meleset sama sekali. Para husband ditinggalkan. So, aku? Layankan aje. Memang aku suka.

Cadangan untuk bermain boling diteruskan lepas lunch. Tasha dan aku tidak bijak bermain boling, hanya Nad dan Shila. Tetapi, setelah 3 frame berlalu. Yang paling tak reti, aku dan Tasha, ruled the lane. Hehe. Nad dan Shila terkalah dengan perasaan tidak gembira dan tidak puas hati.
Selepas puas menghina yang kalah dan gelak tak sudah.

Cadangan seterusnya dikeluarkan. Ice-skating. Aku tolak mentah-mentah. Lain kali ye korang. Jatuh atas ais tu sangat tak best. Hehe.

Movie? Malas. Tak bererti. Tak boleh bersuka hati gelak-gelak. Dalam movie diam je.

Karaoke? Yessss! Setuju. Sesuai. Boleh behave macam orang gila. Boleh lontar vokal ke laut. Boleh pitching lari. Yessss!

Luckily, happy hour. Sampai ke malam lah jawabnya.

Diorang pilih lagu 90-an. Apebende? Feminin? Dan yang seiring dengannya. Korang ni memang tak up-to-date. Cewah. Haha.

Susunan lagu semua dipilih bertujuan untuk 'menyumbangkan' lagu. Aku suka. Suara tak sedap la karaoke. Kalau sedap, pergi masuk Akademi Fantasia la, jadi artis ke apa bagai.

Karaoke mengingatkan, suara aku memang tak sama dengan Faizal Tahir. So, bole la muhasabah diri sikit dan tak menyanyi lagu-lagu dia lepas ni.

Dan semua dah macam tak betul. Bagus. Aku suka. Diorang ni pulak ni agak tak peduli yang aku ni lelaki sejati. Behave la sikit. Haha.(Nad, aku tahu ko membaca. Next time, please like sit like a lady. Hehe..;-p)

Bila dah petang, baru la sampai husband Shila, Yan. Boleh la nyanyi lagu Ghazal Untuk Rabiah dan Isabella 98.

Duet Alhamdulillah dipotong dan diprotes oleh kaum wanita, dengan alasan aku tak sesuai jadi
rapper. Hish. Marah betul.

Aktiviti tetap tamat di malam hari. Habiskan masa meneman Nad mencarik kereta sebab lupa parking kat mana, dan aku tambah lagi setengah jam carik kereta sebab terlupa tingkat apa aku parking. Kena pakai Bumblebee la senang sikit.

Hari tersebut, aku puas gelak. Aku puas bergembira. Bukan selalu boleh happy macam nih, luckily i got them. They made my day, and completed what is missing.



p/s: Nad, kahwin cepat sikit. Semak la. Hehe.

Tak Pasal

Tadi aku minum di mamak with the housemates.

Tengah makan, panggil staff mamak datang nk order air kosong.

Dia pun datang terpinga-pinga, kalut. Staff baru nih, takde uniform.


*N: Bos, kasik air kosong dua!

*Maple: Ok bang, siap! Air kosong tiga! (terus blah)

Huh?Hahahahahahahahaha!

Kitorang gelak je la. Sebab staff dia cekap sangat. Kitorang layankan aje. Susah payah dia bawak 3 gelas air kosong. Hehe. Minuuummm..taknak dia kecik ati.


p/s: Maple ni best. Ade buku hutang. Haha!

Monday, August 17, 2009

Dear Fiza

Hehe. sorry if the blog was kinda 'mysterious'?:-p


you can check out the archive for the stories. Wayyyyyy back then.


Look for the depressing looking title or somewhat sound whiney? Hehe.


I promise i'll be more descriptive..;-p


It's just that when i feel bad, i dunno how to describe it. It's a mixed of everything. Macam garam ada, kicap ada, ajinomoto ada, lada sulah ada, jintan manis sikit...and it tasted bad. Huhu.



p/s: (T.T)

it's happening again

oh. dammit.

it's the crappy feelings. gonna make me feel bad. alone. lost. sad. angry.

go away please. i don't need it.


p/s: dear God, hold her.

Tuesday, August 11, 2009

Sunday

Pagi Ahad aku bermula sebegini.


Selepas membuang masa di atas laptop dan komputer aku, hari terus berjalan. Aku akan ke majlis perkahwinan seorang sahabat waktu tengahari.

Selepas bersusah payah mengejut para 'adik-beradik' rumahku, selepas setengah jam bersiap. kami bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk sekali mengikuti rombongan ke rumah pengantin lelaki di Sg. Buloh.

1) Kitorg drive sampai rumah pengantin perempuan di kelana jaya. Dan tunggu pengantin setengah jam. Me and the brothers ended up playing blackjack kat tepi jalan. Dan rupa aku tidak appropriate utk berjudi.(lihat gambar di bawah)

2) Menyambut beberapa buah kereta lagi sepjg perjalanan. Tasha si pengantin gelakkan aku dgn apparel aku hari ni.(lihat gambar di bawah)

3) Sampai di kmpung di sg buloh. Happening. Parking pon takde. Terus makan. Mak aih sedapnya masakan kampung.

4) Comel betul Tasha dan husband dia. Selamat pengantin baru. Kau mmg sempoi.

5) Dan terus dengan sesi bergambar yang lain. Untuk memastikan exposure diri sendiri amat banyak.


aku dan azree. sebab tu rupa aku tidak sesuai utk berjudi di tepi jln. kalau dah namenye kat kampung, pakcik yg tua-tua dan lebai-lebai kat situ semua beria salam aku apa bagai. ingatkan aku tahfiz ape.


Tasha dan Nad si pengapit. Nad, ko kelihatan semak. Hehe.

6) Selepas bergembira bersama pengantin. cewah. Kitorang terus mencari tempat melepak di Tasik Biru Hapekebendentah name die..sebab macam best. Kitorang lepak. Duduk saje. Makan goreng pisang, minum air kelapa. Duduk saje sejam dua. Tengok org memancing, main jetski, borak-borak hisap rokok. Aku terduduk atas sarang semut merah. Mak aih sakit.


Sambil melihat budak-budak sekolah camping dan how we wish bole pukul budak-budak sekolah tersebut. cewah. sebab boring. dan sebab diorang boleh camping.

Tengok mereka menunggang jetski ditempat orang memancing, menanti org yg memancing tu pukul penunggang jetski sbb kacau ikan. Oh, dibawah kaki aku ialah sarang semut merah. Aku mengelupur lepas tu.

7) Lepas tu kami mencari jalan pulang. dan sedang memandu, kitorang decide utk pergi The Curve pulak. Saje. Mencuci mata. Buat aktiviti rempit. Oh, terpaksa menukar baju.

8) Sampai di The Curve, memenuhi ruang masa dengan berjalan-jalan. Hujan lebat. Dan berjalan sambil mengusha gadis dan mengeluarkan komen-komen berbaur seksis dan mengumpat.

9) Setelah membeli-belah, kitorang decide utk duduk di tembok sepertimana dilakukan mat-mat rempit di pertama complex. dannnn..mengusha gadis, dannn..membuat siul-siulan kpd gadis-gadis cantik. Statement Ejan, "woi, aku tak tengok engkau laaa! jgn perasan!". Haha. jahat sungguh menjadi rempit.

10)Pergi membeli rubix's cube dan kami mengambil giliran utk menyiapkannya. penuh dgn sumpah seranah.

11)Hmm,bila gadis-gadis mula kurang dan tandus(yg cantik shj),kitorg pun nak berambus.

12)Pergi berkaraoke di Subang. Semua menyanyikan lagu-lagu yang memang tak sampai nk dilontar vokal. Nyanyian terbaik, Isabella 98. gabungan 4 penyanyi. best sungguh!haha! it was so much fun.

13)Wahhh. sudah pukul 9 malam. so, hantar si bongsu ke stesen bas Pudu. beliau ingin pulang ke Seremban.

14)Perjalanan pulang, Brada dan Ejan nyenyak tidur. sebab bangun awal sangat pagi tadi. Aku melayannnn bawak keta balik.

15)Sampai dirumah, makan di mamak beramai-ramai...dan setelah burp, terus tidur keletihan. Hari baru bermula esok.zzzzzzzz...

Well, i'm loving this housemates brotherhood. It's fun. And cool. I have 3 brothers from another mother.

p/s: entah.

Thursday, August 6, 2009

have you ever?

have you ever tasted something you are not suppose to taste but due to the case of i-don't-know-i-wasn't-suppose-to-put-my-tongue-on-it, you tasted it already and you felt like barfing but you can't do it because it already happened?

what did i taste?

i leave that to your imagination.

imagine things that you are not suppose to taste. imagine that.


p/s: barffffffffffffffffffffff!!!

Wednesday, August 5, 2009

Perihal aku dan masa

Bila hidup dah terlalu laju, masa yang ada terlalu singkat untuk mencatat.

Maaf.

Hidup sekarang jarang berlaku kejadian yang bisa mengujakan. Hanya hidup.

Maaf.

Hidup sekarang aku terlalu berusaha untuk mewujudkan drama. Agar masa yang ada untuk hidup lebih mengujakan dan lebih bermakna.

Maaf.

Bertambah hambar hidup kerana keseorangan. Keadaan sunyi tidak mencetus sebarang nukilan yang bermakna.

Maaf.

Masa yang ada hanya cukup untuk hidup dan terus mengejar masa, kurang kesempatan untuk bermadah, mengadu, memuji, dan mencatat tentang kejadian.

Maaf.

Sudah berusaha, tetapi takdir tetap termaktub.


p/s: what a lame life.