Pages

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan; Happy In Imperfection

Oh. Ramadhan lagi. The month yang membuatkan aku happy semacam. Entah. Sebab aku suka sangat bulan ini.

Tahun ini masih jauh dari keluarga. Berita baik. Aku dengan keluarga baru aku disini. Housemates yang suka untuk aku gelar adik-beradik aku. Plus, bazar ramadhan juga dekat. Dekat bawah rumah. Boleh order makanan dari beranda rumah terus. Tak perlu berjalan-jalan.

Ramadhan pertama, sahur dengan mereka yang serumah. Tambah dengan orang baru yang menghuni ruang mesej pendek di telefon. Hidup tampak sempurna.

Masih berusaha untuk berusaha.

Berharap untuk berharap.

Hari pertama Ramadhan, menghabiskan waktu dirumah. Tidak terasa puasa. Ke semua isi rumah bermalas-malas di ruang masing-masing. Ejan di atas katil. Brada di depan tv. Azree di atas sofa. Aku di depan komputer.

Tiba lewat petang, semua bersemangat. Bazar dekat. Tawaf di bazar. Berkali-kali kurang pahala puasa. Kalau dah sifat manusia; bernafsu. Seperti manusia yang lain, belian yang banyak sudah pasti. Kalau dah namanya hidup berbujang beramai-ramai, lagi seronok bersifat begini.

Oh, azan sudah.



Makan tetap tamak.



p/s: Selamat Menyambut Ramadhan

3 comments:

Rosy Girl~ said...

tp lelaki.. byk cemana pon mesti abes gak..
walalal~

Cik E said...

Hehe ;)

Nabil Hussein said...

ohh..sudah mesti..habesss..bawak sampai ke sahurrr~!!!:p