Pages

Tuesday, August 18, 2009

With the Girlfriends; dan Mereka Tidak Risau Tentang Aku, With That, I Felt Like A Gay Guy.

"Aku yang tak peduli yang diorang ni perempuan. Hanya hubungan dipentingkan. Dengan itu, gay lah aku. Cet. Hell no."



Aku terima sms dari the newlywed Tasha.

*Yang, lunch and boling jom Khamis ni?*

Aku pun balas.

*Mak on je~:D*

Ugh. Komplikasi identiti dengan jawapan tersebut.

Hari Khamis datang dan penipuan on the way tetap aku gunakan bila dah terlambat. Jangan tanya kenapa, it's just that they would pull the same thing on me. Dan dengan mereka , aku tak expect akan ended up kahwin even dengan seorang sekalipun. So, boleh melakukan penindasan dan bersuka hati.


Tiba di Pyramid (minggu ini penuh dengan lawatan aku ke Pyramid) terus lunch di Sakae Sushi. Mereka ini adalah gadis-gadis cantik, so perlu menjaga badan. Sushi adalah makanan paling ringan yang mereka nak makan.(lupa nak bagitau yang penampar aku pun ringan jugak) Aku inginkan makanan berunsur daging, tetapi apakan daya. Majoriti jantina tidak berpihak kepada aku. Makan bersama Tasha, Nad dan Shila. Tasha dan Shila sudah berkahwin. Shila beranak satu. Nad pula bakal berkahwin. Aku pun kurang jelas tentang keadaan diri bila selesa berkawan dengan diorang nih. Jauh berbeza umurnya dan status diri . Haish. Hehe.

Mereka aku sayang kerana tidak judgmental terhadap aku. Mudah. Tidak hipokrit. Dan semua kata-kata adalah benar. Bila baik dikata baik, buruk dikatakan buruk. Mereka menjadi penting walau status berbeza.

Bila sampai di sana, mati-mati aku ingatkan Fairul si husband Tasha, Izyan si husband Shila dan boyfriend Nad ada sekali, takde mati kutu sangat. Meleset sama sekali. Para husband ditinggalkan. So, aku? Layankan aje. Memang aku suka.

Cadangan untuk bermain boling diteruskan lepas lunch. Tasha dan aku tidak bijak bermain boling, hanya Nad dan Shila. Tetapi, setelah 3 frame berlalu. Yang paling tak reti, aku dan Tasha, ruled the lane. Hehe. Nad dan Shila terkalah dengan perasaan tidak gembira dan tidak puas hati.
Selepas puas menghina yang kalah dan gelak tak sudah.

Cadangan seterusnya dikeluarkan. Ice-skating. Aku tolak mentah-mentah. Lain kali ye korang. Jatuh atas ais tu sangat tak best. Hehe.

Movie? Malas. Tak bererti. Tak boleh bersuka hati gelak-gelak. Dalam movie diam je.

Karaoke? Yessss! Setuju. Sesuai. Boleh behave macam orang gila. Boleh lontar vokal ke laut. Boleh pitching lari. Yessss!

Luckily, happy hour. Sampai ke malam lah jawabnya.

Diorang pilih lagu 90-an. Apebende? Feminin? Dan yang seiring dengannya. Korang ni memang tak up-to-date. Cewah. Haha.

Susunan lagu semua dipilih bertujuan untuk 'menyumbangkan' lagu. Aku suka. Suara tak sedap la karaoke. Kalau sedap, pergi masuk Akademi Fantasia la, jadi artis ke apa bagai.

Karaoke mengingatkan, suara aku memang tak sama dengan Faizal Tahir. So, bole la muhasabah diri sikit dan tak menyanyi lagu-lagu dia lepas ni.

Dan semua dah macam tak betul. Bagus. Aku suka. Diorang ni pulak ni agak tak peduli yang aku ni lelaki sejati. Behave la sikit. Haha.(Nad, aku tahu ko membaca. Next time, please like sit like a lady. Hehe..;-p)

Bila dah petang, baru la sampai husband Shila, Yan. Boleh la nyanyi lagu Ghazal Untuk Rabiah dan Isabella 98.

Duet Alhamdulillah dipotong dan diprotes oleh kaum wanita, dengan alasan aku tak sesuai jadi
rapper. Hish. Marah betul.

Aktiviti tetap tamat di malam hari. Habiskan masa meneman Nad mencarik kereta sebab lupa parking kat mana, dan aku tambah lagi setengah jam carik kereta sebab terlupa tingkat apa aku parking. Kena pakai Bumblebee la senang sikit.

Hari tersebut, aku puas gelak. Aku puas bergembira. Bukan selalu boleh happy macam nih, luckily i got them. They made my day, and completed what is missing.



p/s: Nad, kahwin cepat sikit. Semak la. Hehe.

No comments: