Pages

Tuesday, August 11, 2009

Sunday

Pagi Ahad aku bermula sebegini.


Selepas membuang masa di atas laptop dan komputer aku, hari terus berjalan. Aku akan ke majlis perkahwinan seorang sahabat waktu tengahari.

Selepas bersusah payah mengejut para 'adik-beradik' rumahku, selepas setengah jam bersiap. kami bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk sekali mengikuti rombongan ke rumah pengantin lelaki di Sg. Buloh.

1) Kitorg drive sampai rumah pengantin perempuan di kelana jaya. Dan tunggu pengantin setengah jam. Me and the brothers ended up playing blackjack kat tepi jalan. Dan rupa aku tidak appropriate utk berjudi.(lihat gambar di bawah)

2) Menyambut beberapa buah kereta lagi sepjg perjalanan. Tasha si pengantin gelakkan aku dgn apparel aku hari ni.(lihat gambar di bawah)

3) Sampai di kmpung di sg buloh. Happening. Parking pon takde. Terus makan. Mak aih sedapnya masakan kampung.

4) Comel betul Tasha dan husband dia. Selamat pengantin baru. Kau mmg sempoi.

5) Dan terus dengan sesi bergambar yang lain. Untuk memastikan exposure diri sendiri amat banyak.


aku dan azree. sebab tu rupa aku tidak sesuai utk berjudi di tepi jln. kalau dah namenye kat kampung, pakcik yg tua-tua dan lebai-lebai kat situ semua beria salam aku apa bagai. ingatkan aku tahfiz ape.


Tasha dan Nad si pengapit. Nad, ko kelihatan semak. Hehe.

6) Selepas bergembira bersama pengantin. cewah. Kitorang terus mencari tempat melepak di Tasik Biru Hapekebendentah name die..sebab macam best. Kitorang lepak. Duduk saje. Makan goreng pisang, minum air kelapa. Duduk saje sejam dua. Tengok org memancing, main jetski, borak-borak hisap rokok. Aku terduduk atas sarang semut merah. Mak aih sakit.


Sambil melihat budak-budak sekolah camping dan how we wish bole pukul budak-budak sekolah tersebut. cewah. sebab boring. dan sebab diorang boleh camping.

Tengok mereka menunggang jetski ditempat orang memancing, menanti org yg memancing tu pukul penunggang jetski sbb kacau ikan. Oh, dibawah kaki aku ialah sarang semut merah. Aku mengelupur lepas tu.

7) Lepas tu kami mencari jalan pulang. dan sedang memandu, kitorang decide utk pergi The Curve pulak. Saje. Mencuci mata. Buat aktiviti rempit. Oh, terpaksa menukar baju.

8) Sampai di The Curve, memenuhi ruang masa dengan berjalan-jalan. Hujan lebat. Dan berjalan sambil mengusha gadis dan mengeluarkan komen-komen berbaur seksis dan mengumpat.

9) Setelah membeli-belah, kitorang decide utk duduk di tembok sepertimana dilakukan mat-mat rempit di pertama complex. dannnn..mengusha gadis, dannn..membuat siul-siulan kpd gadis-gadis cantik. Statement Ejan, "woi, aku tak tengok engkau laaa! jgn perasan!". Haha. jahat sungguh menjadi rempit.

10)Pergi membeli rubix's cube dan kami mengambil giliran utk menyiapkannya. penuh dgn sumpah seranah.

11)Hmm,bila gadis-gadis mula kurang dan tandus(yg cantik shj),kitorg pun nak berambus.

12)Pergi berkaraoke di Subang. Semua menyanyikan lagu-lagu yang memang tak sampai nk dilontar vokal. Nyanyian terbaik, Isabella 98. gabungan 4 penyanyi. best sungguh!haha! it was so much fun.

13)Wahhh. sudah pukul 9 malam. so, hantar si bongsu ke stesen bas Pudu. beliau ingin pulang ke Seremban.

14)Perjalanan pulang, Brada dan Ejan nyenyak tidur. sebab bangun awal sangat pagi tadi. Aku melayannnn bawak keta balik.

15)Sampai dirumah, makan di mamak beramai-ramai...dan setelah burp, terus tidur keletihan. Hari baru bermula esok.zzzzzzzz...

Well, i'm loving this housemates brotherhood. It's fun. And cool. I have 3 brothers from another mother.

p/s: entah.

No comments: