Pages

Wednesday, September 30, 2009

Hati; Ini Ceritanya.

Berkenaan hati.

Hati aku cakap, tiada apa pun betul.
'Kebenaran' hanya datang dari Tuhan, Nabi.

Hati aku cakap, persetankan orang yang menipu bercakap benar.
Sebab semua tu belum tentu betul.

Hati aku cakap, lupakan naluri sangkaan kau.
Sebab naluri bermain antara dua; salah dan banyak salah.

Hati aku cakap, perasaan yang ada hanyalah nafsu.
Nafsu tiada asasnya. Cinta bukan nafsu. Semua disalah erti.

Hati aku cakap, lupakan apa yang kamu mahu, yang kamu perlu.
Dua-dua tidak menjamin apa-apa. Kejar apa yang dijamin sahaja.

Oh.

Berlaku pertelingkahan antara akal dan hati.
Hati lebih kepada nafsu.
Akal lebih kepada logik dan spiritual.

Yang mana perlu diikut?

Masih sama. Dua-dua akan dikut.

Sebab manusia tetap manusia. Bukan malaikat. Bukan wali. Tetap tidak sempurna.

Terima.


p/s: nukilan sakit gigi.


IMS; Trust Me, Lagi Teruk.

Oh.

Gangguan emosi.

Plus, sakit gigi.

Warna kulit bertukar hijau.

Sakit. Sakit. Sakit.



p/s: Bam-bam..save me..

Friday, September 25, 2009

Raya's Food; Irresistable

Makanan hari ini.

Jeruk Pelam
Ketupat
Rendang Ayam
Lontong
Spagetti
Nasi Tomato
Lemang dan Rendang Daging
Pasembor
Mee Rebus Penang.

Tambahan berat; full 5kg.

Niceeee~


p/s: let's jog!!

Duit Raya RM 0.00; Maknanya Aku Dah Dewasa. Oh, Realiti.

Berhari raya di kampung sangat seronok.

Sekarang dah berada di Kedah. Sememangnya lebih seronok. Seeing faces you used to see, it really brought back memories. I can't believe it that these are the people whose been around for so long, and i tend to keep 'em here with me. I don't take 'em for granted.

Sempat beraya di rumah my fellow former classmates; Rizal, Apui, Fuad, Farid. We had so much fun. Ketawa, ketawa dan lebih banyak ketawa. Serius, tak ada yang kurang. Balik kepada aktiviti lama, cuba untuk hidupkan kembali zaman sekolah dulu, kami habiskan 5 jam di internet cafe bermain Counter Strike; which dah tak ada orang main dah sekarang. But, it was fun. Couldn't get any better.

Oh, sempat juga ber-futsal.

Helping my mum with the gardening.

Rearranging the kitchen.

And meeting with all the peeps from the ol' Ibrahim School. Juga kawan-kawan dari sekolah rendah. ( 3 orang kawan aku jadi Al-Hafiz. Err..unexpected. )

Dan satu tempat utama yang boleh jumpa semua kawan-kawan sekolah is Oldtown. Basically, everybody will go there and you'll see all the faces from the past.

Ada yang dah kurus, dah gemuk, makin cantik, kurang cantik, dah bekerja, masih belajar, dah kahwin, akan berkahwin; semua akan berjumpa disana. Kawan atau lawan, memang jumpa kat sana.

Wow, can't believe that i'm still here..:)

Dear, Sue, Sarah and Yantie. Gotta admit. Love talking to you girls. Just remember, what I shared is true. Life's uncertain. Rather than contemplating on the bad stuff and the negative stuff, just live. What i mean is, expect good things. No matter how harsh life is. Just expect good things. Great things.

Note this, Tuhan akan menjadikan buruk jika kamu fikirkan buruk. Tuhan menjadikan baik jika kamu fikirkan baik. ( Sue, perli aku ustaz lagi aku tampar. Hehe. )

Oh, sangat menantikan hari yang akan datang bersama semua lagi.


p/s: Still, satu rumah lagi tak raya. Hmm..i wonder who.

Saturday, September 19, 2009

Ramadhan to Syawal; Transition Complete

_____________________________________________________________________________________

I

Ohh..the road trip was great. I fell asleep driving but manage to reach home, sweettttt home safely. With my lil' sister.



We were listening to raya songs the whole trip. Put on some rock kapak and some annoying new song, we sang like touring a concert. Sheesh~haha!

And the highway was crazy. Three accidents in front of me, and traffic jam all the way to Ipoh. Dang~people..learn how to drive properly. Don't fall asleep.

I drove like i'm in the Dakar Rally 'cause mama said she wanted to sahur with us. Safely home in time for sahur.

After Subuh, snoooooozeeeeee...

Just to be back where i belong, made me happy. Kedahhhhhhh!! Love this placeee!!

____________________________________________________________________

II

Woke up just before Friday prayer. Did what i have to do. And..dang. A trip to my dentist.



Dammit. Sangat tak suka dentist. Dunno why. Mereka kelihatan sangat jahat. But i've been too the same dentist since i was 9 years old.

As i was 9 years old, my mum will always be with me in the doc's room.

Alaa..Dr. Raaj pun dah paham sangat. Dia tak nak aku mengamuk. Aku pernah sepak terajang dia dan para pembantu dia dulu, masa kecik. Dia tahu aku Incredible Hulk, don't provoke me.

Haha!( ok, aku takut dentist. huh. )

Luckily, nothing's serious. I hurt my gum. It was swollen badly.

And, a piece of advice. DON'T pick your teeth with a screwdriver; like i did. I lost half of my gum in the process, and a swollen gum. Sheesh~

A great way to end Ramadhan in Kedah. We got together to break fast. Ramadhan was heavenly great.
_____________________________________________________________________________________

III

Balik kampung!!

Kitorang sefamili balik Johor. My dad's kampung. So, akan banyak melawat saudara-mara. Ada 9 keluarga dari my dad's side. All are Johorians. I'm part Johorian. Yes! Good enough reason to eat all the great food in kampung.

The trip was tiring. Still recovering from yesterday's trip. Yet, i have to travel back to Johor. Dang.

Sepanjang jalan hujan. And we bukak puasa di highway saja. Mi mama bawak bekal. Rendang daging and ayam masak merah. Oh, sangat sedap. Plus, juga ada laksa Johor. Oh yes. Real gourmet. Mom's cook. Sangattttt sedappppp okkkk...

After bukak puasa, my dad drive pulak.

Snoooozeeeeeeeee....oh? dah sampai? 1.30 a.m..raya's eve. Sampai di Batu Pahat. My uncle's house. Letih sangat. Aku terus ke dapur. Oh, beriani kambing, rendang daging, lontong dan ayam merah kampung dah siap. Terus melantak. Dan sambil tu dengar orang-orang tua berborak. Layankan ajee..

But then, my uncle which kitorang panggil Pak Itam pun mencadangkan untuk pegi shopping di BP Walk,(ye,ala2 Star Walk gitu) for last minute shopping. Pak Itam brought us there and hell yeah, everything was so cheapppp!!!! Shop, shop and shoppp!

Went back at 3.30 a.m..dang..tired...snoooozzzeeeeeeeee..
_____________________________________________________________________________________

IV

Bukak mata. 7.30 a.m.

DAMMIT!

Dah lambat! Dah lambat! Sembahyang raya! Henjut kaki bapak aku, jerit-jerit. Buat kalut. Terus masuk shower.

Cebur!Cebur!Cebur!Kecebur!

Wahhh..mandi sunat Aidilfitri sangat ekspress.( Mandi itu lengkap dengan semua yang mewangikan badan..)

Keluarkan baju raya. WAHHHHHH!!! Sangat oren ye! Huhu!

My dad and I sempat sampai awal di masjid. Bertakbir. Bertahmid. Oh, syahdu sangat. Baju aku paling oren di masjid. Pergi kubur arwah nenek selepas sembahyang. Bersihkan kubur. Doa. Sedekahkan Al-Fatihah.

Went back afterwards for more ketupat, rendang, beriani kambing, ayam merah and lontong. I mixed everything together. Sebab senang kot.


Next trip~!! Rumah Uncle A.Halim dan Aunty Tim. Yeeha!! Again. Food! And the cousins!! Lil' kiddies! Seronok bergurau dengan diorang. Oh, rumah Uncle Halim ada kebun dan banyak bela kambing dan ayam. Aku pun pergi nak tengok ayam-ayam kampung dia. (konon nak belajar bela ayam )

Dekat reban ayam-ayam, aku nampak ular tedung selar. Besar mampus. Dengan cool aku jalan ke rumah panggil pakcik aku tu. Die tertidur atas sofa time tu, so aku kejut die slow-slow.

" Uncle, ada ular tedung nak masuk reban ayam."(cool gila nih..)

Orang tua tu bukak mata.

" Hah?? Ular?? Kat mane??", terus dia jerit. Aku cakap la dekat reban ayam. Terus aku kena bebel.

" Ular tu da lari ke belum?? Ada kat mana? Apasal tak jerit?? Apasal tak tangkap ular tu?? Ular i tak bole biar! Nanti di makan semua ayam-ayam uncle!!".

( orang tua bebel.aku dengar je )

Terus dia angkat parang panjang. Bapak aku bawak kayu. Aku jadi saksi. Tudia.

Ular tedung bapak besarrrrr!! Ada lagi pulak tuh. Ular tu tak lari. Cantik. Terus pakcik aku angkat parang, zasssss!!! Alahai.

Tak kena. Ular tu lari. Alahai. Kalau kena tu. Dapat kenangan raya terbaik.

Selepas tu aku kena bebel. Perihal tak jerit masa aku nampak ular tu. Perihal aku tak bunuh ular tuh. Habis keluar segala cerita tentang ruminan pakcik aku.

Dalam kena marah tu, aku boleh bagi jawapan bodoh je.

" Uncle, takkan kita nak jerit. Pondan sangat haa..cool sudah. Takkan kita nak on video, pastu cakap slang Australia tangkap ular tu. I don't wanna die todaiiyy mate!!"

Hehe. Pastu dengar lah kisah orang-orang tua. Layankan aje. Banyaknya aku kena bebel. Alahai.

Selepas azan Zohor. Terus gerak ke Johor Bahru. Ke rumah Aunty Nana and Uncle Ghafar. Oh, gonna spend the night kat sana. Relaxing and a lot of makan-makan. Oh, jahat sungguh nafsu makan saya. Tak boleh berhenti makan.

Saya rasa saya faveret semua pakcik dan makcik saya. Sebab diorang semua melayan apa yang aku borakkan. Cewah.

Habiskan waktu petang berehat, berbaring dan melayan t.v..boleh lahh..kenyang sangat lah.


Suka tengok orang tua-tua berborak.

Lepas Maghrib, tunggu bola. Manchester derby. Wah. Layan bola masa raya sangat best!

A great game indeed.

Phew. I'm all full. Looking forward for the rest of Syawal. I'm having fun. Tak dapat duit raya sebab dah bekerja. Dammit. Hehe.


p/s: I miss my bam-bam.

Thursday, September 17, 2009

It's True; There's Nothing Here for Me


And how i miss someone to hold.

When hope begins to fade.


p/s: less smiling. lotsa cursing.

Monday, September 14, 2009

Pain; Ugh, Unbearable.


IT HURTS


p/s: too bad it hurts.

Wimp; Just Blame Me


Yup, seriously.

I'm all to blame.

I was hoping that i could get more time.

I ended up losing.

Both.


p/s: I promise i won't make any sound when i leave.

Lies; I Hate It

Well, when you think you got it all figured out. You thought it was true. Somehow, it ended up as bunch of lies.

Thanks.

Oh, I never lie. It's not my thing. But, yeah, shit happens.

Ugh. Hate this feeling. Like you've been stabbed..at the back.


p/s: I know when it's a bunch lies.

Friday, September 11, 2009

Happy; Kucing Yang Happy


Comel sangat kucing ni.

Yeap, buat masa sekarang aku happy.

In my own world. So far, i detached myself from listening to people. People who likes to tell me, to boss me around; on what to do.

Hey, i'm getting more and more pennyless yet i'm grateful.

Dan mereka yang wujud dalam hidup aku, oh, sangat sangat happy.

Thanks for filling in the empty space in my heart.


p/s: But i'm annoyed dengan semut hitam dalam bilik aku. Mana korang datang ni?

Thursday, September 10, 2009

Merah; TNB Tidak Bersimpati atas Kelupaan

Oh, terima surat merah dari TNB. Cas-cas elektrik terus dipotong.

Haish.

What a life.

We forgot to do the simplest task; Pay the bill.


p/s: jumlah bil RM1840. whattttttttt??? Elektrik bocor ke ape??

Wednesday, September 9, 2009

Tamak; Sebab Aku Rasa Perlu

Soalan hari ini.

Adakah ingin memiliki semua yang ada di depan mata, boleh dikira tamak?

Perhaps. It Depends. Maybe. Yes.

Hmm..i'm sorry.

Tapi aku tidak menipu. Aku jujur. I told 'em that i'm seeing, i'm dating two person at the same time. It was unexpected. It didn't put them there. They were there.

Every night, before i go to sleep, i prayed that she would look my way, once again.

Every night, before i go to sleep, i prayed that i would found a person that will truly appreciate me.

And He decided to grant my wishes at the same time. Wow.

'Be careful for what you wish for' truly happened.

Sebelum ni aku kekurangan. Sekarang lebih dari cukup. Ruang perasaan aku penuh. Dan aku turut menatang bagai minyak yang penuh. Tidak pernah kurang. Janji. Memang tidak pernah dalam hidup, aku tidak membalas apa dan siapa yang baik terhadap aku. Aku balas. Tapi maaf jika aku menyakiti. Sumpah tidak bermaksud.

Sekarang hanya berharap dapat melakukan yang terbaik. Sangat-sangat mahu membiarkan masa yang menentukan.


p/s: Oh. Aku tetap mahu cakap terima kasih.

Monday, September 7, 2009

Rain; Do Enjoy It With A Hot Choco.

Nah. Segelas hot chocolate with marshmallows. Hujan kat luar.

Enjoy tak?

*senyum suka hati*


p/s: yeah. now i love hot chocolate more.

Pertanyaan; Dan Jawapan

Oh, dia ada di sini.

Dan bertanya kenapa aku jarang update ruang blog aku.

Senang jawapannya.

Sebab kau ada disini. Rasanya tidak perlu menulis.

Hanya perlu belajar untuk tumpukan diri.

Haish~

*mengeluh dan senyum*


p/s: Biarlah. Aku suka

Friday, September 4, 2009

Lupa; Tapi Masih Samar-samar Kisah Dalam Hati


Hidup sedang berjalan lancar. Happy. Sempurna. Hari-hari senyum lebar. Tiada kebimbangan.


Suddenly, life took an unexpected turn. A surprise hit. Thing that we least expected, happened.

Hilang keseimbangan diri, hilang pedoman perhaps or just jerit je kuat-kuat sebab marah dan tak puas hati.


I'm in a process of doing the 'Forgetting Sarah Marshall' thingy. Yes. I did.


Been through a 7 months of agony in the heart and buck loads of erasing memories in my mind. I finally accepted the fact that the person i loved the most dumped me.


Like the movie, the guy got dumped. Devastated. Met another girl. And he was happy. Suddenly his ex want him back...yada yada yada..he ended up with the new girl. He is happy.

The same shit happened, but it is not the end of the movie yet. Crap. I'm expecting a whole lot of drama to happen right now. It is more complicated. It is not the 2 hours crap you can find on DVD with a review and some nice title.

Ada kasih sayang dan cinta terlibat? Yes.

Kata kunci. Baru. Lama. Pilih

Now i'm in the state of confusion.

Oh yes, it is gonna be interesting.

*sigh*



p/s: God, again, i ask you the same question.

Life; Dan Kenyataan Yang Menipu

Oh, i did mention with a big ass font on my blog page,'HIDUP TETAP INDAH'.

Well, that was a lie.

It is not 'INDAH'.

Deal with it.


p/s: Seriously. Deal with it.

Wednesday, September 2, 2009

Touch My Body; Ignore Tajuk Itu, Mari Ketawa Beramai-ramai



Okey. Seriously. This video bring tears to my eyes. Great tears.

Dan aku merasa seperti mahu membunuh dia dengan melanggar dengan kereta. Berkali-kali.

*Fiza! I know you love to laugh, this is for you!:p*

p/s: belajarlah bahasa dengan betul. ecewah.

Dalam Hati; Bila Alphabet 'E' Jadi Huruf Besar Dalam Hidup Aku



Oh, sekarang aku suka untuk mengubah tatabahasa dalam kamus dewan.

Suka menjadi SukE
Bahagia menjadi BahagiE
Cinta menjadi CintE
Gembira menjadi GembirE

Harap tiada masalah. Suka dengan huruf itu sekarang. Sudah termaktub di dalam hati.

Haihh. Mengeluh.


*senyum lebar-lebar*


p/s: wanna go d'uff? again..??

Change; Bukan Perubahan Sebenarnya, Cuma Perbaharu Sifat Lama

Well, i've been writing my blog in 'codes' lately. I dunno why.

Sebenarnya diri memang tertarik dan suka akan sastera dari azali lagi. A. Samad Said(dia sangat cool okey) dan Emily Dickinson adalah favorite aku. Minat, but then i got no one to share it with. Hidup dalam zaman video games susah. Lagi ramai minat video games kot. Dan juga berpeluh dengan bersukan. Orang tak follow aku. Aku follow trend tu. Cet.

Membawa sampai ke umur sekarang. Ada yang melayan sifat sastera aku. Aku suka. Kembali bersajak. Kembali menulis. Mudah. Talking about inspiration. I got it.

Oh, i got a stalker. Fun. Hehe.


p/s: Dan hidup seperti dicas kembali. Tampak lebih..hmm..hidup?

Ceritera; Rumi & Julie

  1. Rumi berjalan-jalan di tepi pantai. Terjumpa Julie. Mereka senyum antara mereka. Mereka berkenalan. Bertukar nombor telefon.
  2. Mereka berhubungan. Ingin mengenali.
  3. Julie mula selesa dengan Rumi. Mula suka berkongsi sedih dan gembira. Begitu juga dengan Rumi.
  4. Julie rasakan Rumi membuat dia gembira. Julie mula rasa sayang.
  5. Rumi sukakan Julie. Rumi membuat pengakuan.
  6. Julie gembira. Rasa seperti dunia kepunyaan sendiri. Mereka 'couple'; dalam konteks bahasa remaja sekarang.
  7. Mereka kerap berjumpa bila ada masa.
  8. Habiskan masa bersama bila banyak masa.
  9. Mereka rasakan ingin bersama setiap masa.
  10. Mereka yakin itu cinta.
  11. Hidup jalan seperti biasa. Tetapi mereka ada satu sama lain.
  12. Rumi menjalani hidupnya yang lain tanpa Julie. Julie tidak suka.
  13. Rumi menjelaskan dia tidak perlu terlalu terikat dengan Julie, ruang sendiri juga perlu. Ada yang Julie tidak perlu tahu. Ada perkara yang boleh Julie tahu. Rumi mempunyai hidup sendiri.
  14. Julie tidak suka akan penjelasan itu. Julie inginkan Rumi dalam setiap sudut hidup, tetapi Rumi pula sebaliknya. Julie mula suka sakitkan hati Rumi.
  15. Rumi bersabar, Rumi terus melayan kerenah Julie kerana Rumi sayangkan Julie.
  16. Julie mula rasakan yang Rumi sama dengan lelaki lain. Rumi tidak dapat manjakan Julie, tidak memahami Julie.
  17. Julie mula menipu. Julie tahu dia cantik. Julie mencari lelaki lain yang dapat menghabiskan masa untuk melayan kerenah Julie.
  18. Tetapi Julie tidak memutuskan hubungan dengan Rumi.
  19. Julie curang.
  20. Rumi tidak tahu.
  21. Julie pula banyak memarahi Rumi. Rumi bingung dengan sikap Julie. Rumi tidak marah, hanya bingung.
  22. Rumi terus melayan Julie.
  23. Rumi medapat cerita tentang Julie. Rumi kecewa. Rumi setia, tetapi Julie tidak. Rumi merasakan Julie pentingkan diri sendiri. Rumi tidak pernah curang, Rumi hanya perlukan ruang sendiri.
  24. Rumi berjumpa Julie untuk mendapatkan penjelasan. Julie menjelaskan. Julie menyatakan Rumi membuang masa Julie. Julie mengatakan Julie menyesal mengenali Rumi.
  25. Rumi kecewa. Sangat kecewa. Rasa tertipu. Ucapan sayang dan cinta Julie rasa seperti penipuan.
  26. Julie meninggalkan Rumi.
  27. Rumi bingung. Mencari apa salah diri. Tiada. Rumi hanya dapat bersedih. Kecewa. Hati rasa hancur. Kecewa dengan sikap Julie.
  28. Rumi tidak dapat berdiri lagi. Hati tidak dapat menerima.
  29. Masa dihabiskan dengan sendiri.
  30. Hanya masa yang terus menemani Rumi.

p/s: sekian. pop-fiksyen nukilan Nabil Hussein.