Pages

Wednesday, September 30, 2009

Hati; Ini Ceritanya.

Berkenaan hati.

Hati aku cakap, tiada apa pun betul.
'Kebenaran' hanya datang dari Tuhan, Nabi.

Hati aku cakap, persetankan orang yang menipu bercakap benar.
Sebab semua tu belum tentu betul.

Hati aku cakap, lupakan naluri sangkaan kau.
Sebab naluri bermain antara dua; salah dan banyak salah.

Hati aku cakap, perasaan yang ada hanyalah nafsu.
Nafsu tiada asasnya. Cinta bukan nafsu. Semua disalah erti.

Hati aku cakap, lupakan apa yang kamu mahu, yang kamu perlu.
Dua-dua tidak menjamin apa-apa. Kejar apa yang dijamin sahaja.

Oh.

Berlaku pertelingkahan antara akal dan hati.
Hati lebih kepada nafsu.
Akal lebih kepada logik dan spiritual.

Yang mana perlu diikut?

Masih sama. Dua-dua akan dikut.

Sebab manusia tetap manusia. Bukan malaikat. Bukan wali. Tetap tidak sempurna.

Terima.


p/s: nukilan sakit gigi.


No comments: