Pages

Wednesday, September 2, 2009

Ceritera; Rumi & Julie

  1. Rumi berjalan-jalan di tepi pantai. Terjumpa Julie. Mereka senyum antara mereka. Mereka berkenalan. Bertukar nombor telefon.
  2. Mereka berhubungan. Ingin mengenali.
  3. Julie mula selesa dengan Rumi. Mula suka berkongsi sedih dan gembira. Begitu juga dengan Rumi.
  4. Julie rasakan Rumi membuat dia gembira. Julie mula rasa sayang.
  5. Rumi sukakan Julie. Rumi membuat pengakuan.
  6. Julie gembira. Rasa seperti dunia kepunyaan sendiri. Mereka 'couple'; dalam konteks bahasa remaja sekarang.
  7. Mereka kerap berjumpa bila ada masa.
  8. Habiskan masa bersama bila banyak masa.
  9. Mereka rasakan ingin bersama setiap masa.
  10. Mereka yakin itu cinta.
  11. Hidup jalan seperti biasa. Tetapi mereka ada satu sama lain.
  12. Rumi menjalani hidupnya yang lain tanpa Julie. Julie tidak suka.
  13. Rumi menjelaskan dia tidak perlu terlalu terikat dengan Julie, ruang sendiri juga perlu. Ada yang Julie tidak perlu tahu. Ada perkara yang boleh Julie tahu. Rumi mempunyai hidup sendiri.
  14. Julie tidak suka akan penjelasan itu. Julie inginkan Rumi dalam setiap sudut hidup, tetapi Rumi pula sebaliknya. Julie mula suka sakitkan hati Rumi.
  15. Rumi bersabar, Rumi terus melayan kerenah Julie kerana Rumi sayangkan Julie.
  16. Julie mula rasakan yang Rumi sama dengan lelaki lain. Rumi tidak dapat manjakan Julie, tidak memahami Julie.
  17. Julie mula menipu. Julie tahu dia cantik. Julie mencari lelaki lain yang dapat menghabiskan masa untuk melayan kerenah Julie.
  18. Tetapi Julie tidak memutuskan hubungan dengan Rumi.
  19. Julie curang.
  20. Rumi tidak tahu.
  21. Julie pula banyak memarahi Rumi. Rumi bingung dengan sikap Julie. Rumi tidak marah, hanya bingung.
  22. Rumi terus melayan Julie.
  23. Rumi medapat cerita tentang Julie. Rumi kecewa. Rumi setia, tetapi Julie tidak. Rumi merasakan Julie pentingkan diri sendiri. Rumi tidak pernah curang, Rumi hanya perlukan ruang sendiri.
  24. Rumi berjumpa Julie untuk mendapatkan penjelasan. Julie menjelaskan. Julie menyatakan Rumi membuang masa Julie. Julie mengatakan Julie menyesal mengenali Rumi.
  25. Rumi kecewa. Sangat kecewa. Rasa tertipu. Ucapan sayang dan cinta Julie rasa seperti penipuan.
  26. Julie meninggalkan Rumi.
  27. Rumi bingung. Mencari apa salah diri. Tiada. Rumi hanya dapat bersedih. Kecewa. Hati rasa hancur. Kecewa dengan sikap Julie.
  28. Rumi tidak dapat berdiri lagi. Hati tidak dapat menerima.
  29. Masa dihabiskan dengan sendiri.
  30. Hanya masa yang terus menemani Rumi.

p/s: sekian. pop-fiksyen nukilan Nabil Hussein.

No comments: