Pages

Thursday, June 25, 2009

tak tahu la benda yang terjadi actually bagus ke tak

merujuk kepada perkara diatas, sebagai manusia dan sebagai umat islam itu sendiri, kdg2 tak tahu nak terima perkara yg terjadi.

yela, some say 'things happened for a reason'..yet,kita tak nampak pun apa reasonnya.

kalau yg baik tu mmg diterima dgn seluas-seluas hati terbuka, sampai lupa nak bersyukur.

yg tak baik, terus muka sebik depress dan kalau best sikit, terus menyumpah apa bagai.

kalau dah dasar manusia, hidup memang camtu.

nearly a year sekarang aku hidup tidak bekerja bergaji tetap, hanya ada perusahaan sendiri. macam-macam sifat manusia dah aku jumpa dan aku belajar satu benda yang sangat penting. seseorang hanya boleh percaya pada diri sendiri sahaja. and i learnt the hardest way.

aku dah belajar menerima benda buruk yang terjadi sampai hati dah lali, lidah tidak menyumpah dan perasaan sendiri adalah perkara terakhir aku fikirkan.

hari ini, komputer aku mencari pasal berkali-kali. nah. aku pergi kedai repair. tokey kedai kata kena tukar hampir separuh isi cpu, dan tokey kedai cakap 800. aku hulur duit jumlah tu dan suruh dia buat. malas nak pikir. takde perasaan.

kereta aku pancit, terus aku tukar kesemua tayar. malas pikir, takde perasaan.

lepak dengan kawan-kawan, aku bayar semua. malas pikir, takde perasaan.

bil-bil di rumah, aku terus bayar. tak mintak kawan-kawan sebab malas pikir, takde perasaan.

aku langgar keta orang, calar cat sebesar taik hidung. brader owner keta bising, dia mintak seratus. aku just hulur jumlah tu. malas pikir, takde perasaan.

tidak dalam ertikata riak, cuma hati dah lali takde perasaan. bila dah banyak menerima yang buruk, yang baik pun dah takde beza.

sekalipun betis sendiri kalau dihentak batu hari-hari akan jadi sekeras batu tu sendiri. hati manusia pun sama.

aku rasa aku dah separa psycho.



p/s: so kawan-kawan yang degil dan yang tikam belakang depan. fakoff.







3 comments:

Nurul Ain said...

herm....no comment..hik2

Anonymous said...

u.. i nak duit gak.. maw bayar bil tepon.. u akan bagi kan, sbb u tak maw pk2 n takda perasaan~..

heheh..

sabar k nabil~ relax.. what goes around comes around.. semoga dimurahkan rezki :)

Nabil Hussein said...

haha~kalo u nk byar bil sbb tepon i xpe gak:P