Pages

Tuesday, January 13, 2009

Aku Bukan Ustaz

Bencana alam agak-agaknya kerja siapa?

Aku just nak pertikaikan kefahaman orang ramai, mostly orang zaman sekarang.

Kes di Bukit Antarabangsa, agak-agaknya kerja siapa?bencana alam?
Bagus,bagus.ditekankan lagi bencana alam tu.kenapa ramai yang takut nak kaitkan dengan hukuman Tuhan?terang-terang Malaysia adalah negara Islam, tapi takut untuk mengaitkan bencana alam dengan hukum Tuhan?

Cantik.dulu time tsunami pun semua menolak yang tsunami tu hukum Tuhan. Diikut jugak dengan teori yang semua jadi sebab bencana alam.
Aku pun bukan alim mana, and tak sehebat and tak sebijak mana, tapi aku reti membezakan.

Cuma nak katakan, bencana alam tu kerja siapa?kan ke bencana alam tu kerja Tuhan. And sila yakin pada pegangan rukun iman anda yang Allah berkuasa atas semua benda di bumi ini, tak kira baik dan buruk. Manusia sekelumit pun tak berkuasa.

Apatah lagi manusia nak menafikan tindakan Tuhan?

Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia, dan Allah tidak memusnahkan sesuatu dengan sia-sia.

Paham-paham je la, yang semua yang terjadi ada hikmahnya.

Kita yang tak duduk kat tepi bukit tu, terima je la yang mereka yang ‘ter’meninggal dalam kejadian itu adalah balasan. Kerana apa?

Sebabnya,jika seseorang itu baik meninggalnya elok dan mudah,jika
sebaliknya,so,meninggal pun sebaliknya lah. Kita yang hidup ni ambiklah iktibar atau pengajaran. Jangan duduk tepi bukit, and jangan buat dosa and duduk tepi bukit.

Pusing macam mana sekalipun, manusia tetap menjadi punca segalanya. Berani buat, berani je tanggung.

Sila terima hakikat, yang manusia yang tiada sekelumit pun berkuasa atas kejadian Tuhan.so, terima dengan hati terbuka rukun Islam dan rukun Iman tu.

Aku bukan ustaz.

1 comment:

Nurul Ain said...

Totally agree!